Monday, August 1, 2011

Dunia bukan semata milik orang bercinta. >__<"

Posted by Fifi Rahmat at 8/01/2011 01:23:00 PM
korang pernah tak terserempak dengan couple yang bercinta tak kena pada tempatnya? rimas mata memandang, dan menyampah bila apa yang dibuat tu menyusahkan kita. nak bercinta tu, berpadalah jugak, kan? janganlah sampai kat pasar malam pun masih nak romantik terlampau. lorong pada malam tu dah la sempit, ingat lorong highway kot?. tangan tu pegang tak lepas, lepas tu kejap-kejap nak manja. apa kejadahnya bercengkerama di tengah pasar malam drama Hindustan pun tak macam tu, okey! bila dah macam tu, trafik pasar malam kompom sesak la... rasa macam nak cari rotan kat pasar malam lepas tu kejar diorang, sambil hayun rotan tu kuat-kuat kat tangan diorang kasi bengkak. kalau cakap bodoh, rasa kurang ajar sangat, senang cerita... semput otak kot?

lagi satu kan, jenis yang bercinta bagai dunia mereka yang empunya. fuh fuh fuh... sesak nafas terasa. kalau dah hari-hari nak men-jiwang, terasa macam aku neh pendatang asing tanpa izin, seludup masuk planet fairyland. tolonglah, dunia bukan semata untuk orang bercinta. jemu jemu jemu. ayat standard mereka; sukati aku lah, ada kacau kau? huhu. okey, faham, orang kalau dah tersampuk dek aura cinta macam tu lah. macam tersampuk dek politik. cuit sikit, kompom melenting. tapi paling tak boleh blah, bila tengok si encik vietnam neh, kayuh beskal, sambil si cik vietnam duduk atas palang beskal, tengah jalan yang maha super sibuk, time orang balik opis. selamba kayuh, macam beskal tu bayar roadtax. camne tu?

p/s; apa pun, selamat berpuasa darlings. sila timbang-timbang berat sebelum dan selepas puasa ye.

4 comments:

oshinz on August 1, 2011 5:32 PM said...

hahaha.. pesanan last tu tak menahan okeh. time ni la nak turunkan berat badan.

kaka on August 1, 2011 10:30 PM said...

haha..betul 2..apesey kat pasar malam..cari la tempat y luas2 sikit..xdela jem org belakang nak jalan kan.. :p

Fifi Rahmat on August 2, 2011 12:13 PM said...

oshinz: aha, itu perlu tu, nak tau sempena puasa neh tambah berat ke turun berat.

Fifi Rahmat on August 2, 2011 12:13 PM said...

kaka: haaa, itulah. diorang ingat lorong pasar malam macam lorong highway kot.

Post a Comment

Saya dengan ini sama sekali tidak akan melayan komen yang berbentuk serangan peribadi, makian seperti manusia jahiliah, dan sumpah seranah orang yang tak bertamadun. Saya tidak mengalu-alukan kunjungan saiko disini. ;]

Related Posts with Thumbnails
 

LIPSTICK&MIRROR Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare