korang tahu tak, kadang-kadang, bila orang berulang-ulang-ulang kali ajak korang dating, keluar makan atau shopping, atau mungkin juga meminta nombor fon korang, ayat "sorry, harap you faham..." juga kadang-kadang susah nak buat seseorang itu surrender. ibarat otak udang, sumpah diorang takkan give up. maka-nya, untuk reject permintaan spesis otak udang sebegini, haruslah korang kasi jawapan yang super tak logik, yang bila diorang fikir, memang nampak sangat kita menipu dan menyampah dengan diorang.
macam mana nak menolak mentah-mentah pelawaan atau permintaan orang yang merimaskan dan menyampahkan?
1. "sorry, credit takde, i dah tak topup 5 bulan neh." ( 5 bulan? nampak sangat pembohong, kan? sepatutnya 3 bulan je, lepas tu nombor tersebut dah tak boleh diguna pakai!)
2. "handphone i tak boleh tekan keypad untuk jawab call, message pun tak boleh, call pun tak boleh! betul... i tak tipu." (tolong buat muka bodoh dan selamba bila korang jawab macam neh.) dan bila diorang tanya, apa guna telefon tu switch on selalu, korang sila jawab;
"a'a kannnn. tak terfikir pulak soalan tu."3. "i buta huruf, sebab tu tak terbalas sms you. eh, you pernah baca novel blablabla tak? best siot, try la." (bila jawab macam neh, jarakkan diri anda dengan orang tersebut, takut makan penampor jepon nanti.)
4. "i nak pergi Rome kejap lagi, tak dapat nak keluar dgn you. ini kat money changer neh, nak beli Thai Bath, jap lagi nak bertolak. maklumlah, teringin sangat nak naik Eiffel Tower." (super bangang, kan?)
5. "nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan, terima kasih. tut tut tut tut tuttttt!" 6. "i penghidap AIDS/HIV Positif"./ atau penyakit berjangkit yang boleh mencabut nyawa dan sewaktu dengannya. (kompom orang takmo ajak dating dah!)
7. "alamak, ada jin afrit tunggu depan pintu pagar rumah i. takutlah nak keluar rumah youuuu!" (cakap sambil tengok tv).
8. "lunch??? i puasa neh, sorrry, lain kali lah ye." (lepas tu korang jerit,
"mamakkkkkkk, teh tarik 1 kawwwww punya. roti canai banjir okey?!") dan matikan telefon dengan kadar segera.
9. "tengok wayang???? *nangis* i tak boleh tengok wayang, nanti mata i buta 3 hari, sebab skrin besar sangat. you mengguris perasaan i tauuuu, semua orang dapat tengok wayang tapi i tak boleh... dah la, takde mood nak cakap dengan you dah. jangan call i lagi!"10. "hello...helooooo? hellooo! heyylo... haluuuuu?!" (jawab panggilan dengan perkataan helo sahaja. jangan cakap benda lain. sampailah si pemanggil letak telefon, dan telefon lagi, jawab aje lah helo sampai bila-bila. senang cerita.
kalau korang buat trick neh kat kaum perempuan, sumpah... aku rasa confirm diorang tak cari dah walau seotak udang mana sekalipun diorang. tapi kalau buat pada kaum Adam, aku tak sure lah berkesan ke tak.
sebab, ada jugak spesis manusia yang tak makan saman, yang tak sedor diri, yang otak selut, yang bodoh tak faham bahasa, masih nak menggangu. *tetiba emosional kejap.* oh yea... masalah basi yang sama, orang tua gatal miang rumoh kata pergi, kubor kata maghiii lew, meh, meh.
korang ada tips untuk reject orang thue ghope itu ke idok? tolong kongsi, pelisss!